26 August 2010

Resan gelisah timbul misteri

Aku rasa sayup, degupan jantung mulai tenang, dingin sahaja angin mendayu-dayu. Aku dapat rasakan sesuatu. Semuanya nampak indah dan bermakna. Aku tersentap untuk melakukan perkara baik. Apakah perasaan ini, cuba ku ungkai namun apakah kudratku untuk menelaah ilmu alam yang tersungguh luas prospeknya.

Aku meronta-ronta penuh pertanyaan, sesekali cuba ku berteriak namun tak terdaya. Ingin sekali aku membuat search di google, namun aku tetap ego untuk cuba merungkai misteri ini dengan sendiri. Tiga talian hayat telah diberikan, tak sejenak pun ku menoleh ke arah mereka. "Aahh, begitu sombong kau ya", ujar aku di dalam hati. Namun bukan ego atau tunjuk hebat, namun gigih dan semangat yang tinggi yang ingin aku praktikkan.

Namun, aku semakin lemah untuk mencari jalan keluar, kakiku bagai ditusuk Sembilu 2007, aku terus melangkah sehingga habis nafasku, akan ku cuba dan terus mencuba. Dalam fikiranku cuma satu, aku ingin keluar dan terus berlari dalam guni, eh silap, berlati pantas sebenarnya.

Benak fikiran ku akhirnya terungkai, aku mendapati cahaya itu adalah keberkatan, sinar untuk aku melakukan anjakan paradigma, bukan anjakan papan anjal ya tuan tuan dan puan puan sekalian. Persoalanku terjawab. Rupanya sudah tiba bulan yang mulia Bulan Ramadhan. Lantas terlintas di fikiran ku lagu dendangan Man Bai featuring Raihan feautering Black Eyed Peas mixed by David Guetta berbunyi, "ku mengharapkan Ramadhan, kali ini, penuh makna, agar dapat ku lalui, dengan sempurna...."

Jadi walaupun sudah terlewat sebenarnya, aku tanpa segan sinis ingin mengucapkan;

SELAMAT BERPUASA

Gunakan masa yang sebaiknya untuk melakukan amalan baik dan mulia. Ini nasihat bukan nak mengajar ku hanya menyampai, aku tidak sempurna, namun cuba ku sampaikan tanggungjawab ku sebagai seorang Muslim :)

04 August 2010

I am going to miss you :'(

Malam ini, hujan lebat fuhh berduyun duyun turunnya. Bersatu dengan mood aku yang agak sedih, hujan seperti menangisi pemergianku. Yaaa, kita akan berpisah, mungkin untuk selama-lamanya, mengikut haluan masing masing. Banyak memori yang telah kita kongsi bersama, sedih duka tawa gembira, semuanya ada. Biarlah memori itu yang kekal, namun saat bersama tetap tidak akan abadi, takdir telah menentukan, kita akan melakukan. Malam ini malam terakhir, aku cuba mengimbau kembali kenangan bersama, cukup indah semua nostalgia kita, yang sedih aku himbau, yang gembira aku senyumkan, yang sinis aku tawakan. Hukum alam, setiap apa yang ada pasti jua pergi, hanya nama dan memori yang akan ditinggalkan. Cukuplah, aku tak mampu lagi menahan pedih ini, ingin ku titiskan air mata ini, namun malu ada yang akan melihatnya, kurang macho katanya. Biarlah awan sahaja yang menangis, yang aku mampu hanya merenung dan menaip kata kata ikhlas dari hati ini. Jangan risau, walau jauh mana pun jarak kita, kau tetap dalam ingatan, kerana pernah kau hinggap di hati ini, selamanya jejak kau tetap disitu. Namun jangan kau tangisi pemergian ini, tetapi anggaplah ini satu permulaan yang baru dalam hidup kita. Biarlah yang sudah itu sudah, jangan lah sesekali kau melupakan aku yang kacak ini.








SELAMAT TINGGAL PANDAN HEIGHT 2 CONDOMINIUM



Pandangan dari tempat letak kereta luar untuk pelawat dimana kereta sering kali dicalarkan. Buat peletak kereta yang meletak kereta dengan posisi menghalang kereta lain, biasanya mereka tidak menarik brek tangan kereta mereka, jadi menjadi keseronokan untuk kami bermain tolak tolak kereta, anda patut datang untuk mencuba :)

Kolam renang dan indah serta kafeteria. Sesiapa yang ingin merasa teh o ais special dicampur kari ikan, boleh lah datang ke kafeteria ini, harganya cuma RM1.20. Wow, menu special namun harganya sungguh berbaloi-baloi. Pujian untuk kolam renang ini kerana sentiasa bersih dan kemas, serta seringkali menjadi port untuk para pelaku hubungan lelaki dengan lelaki (gay) untuk memuaskan nafsu, ish ish ish :( Juga disinilah kami dimarahi oleh pak jaga kerana mandi serta menghasilkan bunyi riuh rendah seawal 3 pagi.


Pandangan dari tingkat 20, memang cukup indah. Dari atas anda akan dapat melihat gajah, harimau, beruang kutub dan biawak komodo. Tidak perlu berhempas pulas menuju ke ke zoo negara, dari sini anda akan dapat melihat kesemuanya!


Parking bay. Disilah tempat kami bermain roller blades pada pukul 2 pagi, di sini jugak tempat di mana driver driver kental mencuba pelbagai aksi ekstrem menggunakan kereta mereka seperti drif, drag, wheelie dan ollie 360.

Namun semua tinggal kenangan, kami akan berpindah ke Arena Shamelin, di blok mana dan rumah keberapa, saya tidak akan beritahu, nanti korang asyik datang main loceng. Hey tolong lah bagi artis kehidupan privasi sikit okay!