24 October 2009

MENIDURI

Rabu 21/10/09 6.00am : Tidur setelah menjadi seorang burung hantu selama dua hari berturut turut.

Rabu 21/10/09 10.00pm : Bangun dari tidur supaya perutku tersenyum sinis di isi beberapa pinggan makanan.

Rabu 21/10/09 12.25am : Hari sudah lewat lewat malam. Hujan lebat membasahi pipi dinding rumah. Mataku bermain sorong papan tarik papan bermakna tibanya masa untuk tidur seketika.

Rabu 21/10/09 2.50a.m : Deruan suara seorang angah mendayu-dayu memanggil namaku untuk keluar menonton sehelai perlawanan bola sepak. Lantas aku terjaga kerana pasukan kegemaranku akan menentang sebuah pasukan bola sepak yang diberi nama oleh bapanya iatu bernama Lyon. Keceriaan di raut wajahku bertukar kusam pada minit 93 apabila refree menghembuskan wiselnya tanda tamatlah perlawanan tersebut yakni Liverpool tewas kepada Lyon 1-2. Kekecewaanku terus dibawa ke atas tilam. Dengan hampa dan pasrah, aku menyambung kerja aku yang masih belum siap, iaitu tidur.

Rabu 21/10/09 Seluruh hari : Aku tidur saja, tiada apa yang lebih menarik selain dari tidur. Lebih-lebih lagi, hujan mendayu-dayu di luar. Bermodalkan angin di tingkat 20 yang agak sengit, aku pun terlelap panjang.

Khamis 22/10/09 11.00am : Aku terjaga dari lelapku yang panjang dan jauh, tiba-tiba fikiranku teringatkan sekeping kerja yang perlu aku hantar. Lantas aku mengejut rakanku dan menjemput mereka menyiapkan kerja berikut bersama-sama. Lalu sebuah rakanku bangun dan kami bersiap-siap lalu bergegas ke lokasi yang ingin dituju, Bandar Tun Razak untuk mengambil sekeping pendrive di rumah taulan kelasku. Tanpa membazirkan masa yang sempit, aku terus menuju ke bengkel motor untuk mengprintoutkan kerja yang telah siap lama. Haha apalah korang ni senang-senang kena tipu, bukan bengkel motor tetapi kedai Dobi Ever Clean. Selesai sudah kerja berikut jadi kami pun menuju ke kolej untuk mempersembahkan kerja berikut kepada pensyarah kami. Tanpa was was pensyarah tersebut menolak kerja keras kami kerana tidak menepati dan menyelubungi format yang diberikan. Aku hampa lagi, makan sebentar di gerai di hadapan kolej, mengusya beberapa bungkus gadis-gadis kolej lantas pulang ke rumah.

Khamis 22/10/09 1.00pm : Perkara semalam berulang, aku menyambung tidur dengan perasaan hampa, muka yang kecewa dan hati yang gusar.


Khamis 22/10/09 11.57pm : Nada dering Akon featuring Kardinal Offishal telefon bimbitku menyalak, satu panggilan misteri ditemui. Oh ya rupanya sahabatku yang dipanggil Que lantaran wajahnya menghampiri wajah seorang pelakon yang disebut Que Haidar. Beliau meberitahu beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, dan berniat untuk tinggal di rumahku selama beberapa hari. Mendengar khabar berikut, aku terbangun dan memandikan diri ini kerana aku bersama seorang apek dan seorang nadia akan menuju ke NZ untuk mengambil Que yang digembar-gemburkan sebentar tadi. Sesampai di NZ, aku menjumpai Que bersama beberapa orang rakunnya, menelan segelas teh o ais dan menghirup sekeping roti banjir, lalu pulang semula ke Cheras.

Jumaat 23/10/09 2.39am : Sesampai di rumah, aku berbual-bual kosong tanpa inti sari yang tepat bersama rakan-rakunku. Sambil melayari internet serta melayani beberapa batang Dunhill, aku tidak rasa beberapa mengantuk. Setelah jarum pendek melepasi nombor 6 manakala jarum panjang tersasar sedikit dari nombor 12, aku lantas teringat akan kerjaku yang telah ditolak mentah-mentah oleh lecturerku. Aku mula resah dan tidak senang, bersumberkan internet yang mendapat wireless jiran-jirun, aku mencari beberapa maklumat untuk dijadikan sebiji folio.

Jumaat 23/10/09 10.00am : Aku bersama dua orang menuju ke kolej untuk mempersembahkan buat kali kedua kerja yang telah disiapkan. Namun kelibat pensyarahku tiada dibiliknya. Tanpa berlengah lagi, aku meletakkan folio tersebut diatas meja beliau.

Jumaat 23/10/09 11.ooam : Jam menunjukkan pukul berapa datuk harimau, pukul 11 pagi. Setelah kerja ku dihatar dengan selamat, aku pun pulang semula ke rumah. Setibanya dirumah, aku terasa pening-pening, ingin mendapatkan sekeping panadol, apakan daya beliau tiada. Ingin tidur tetapi tidak mahu. Haaa? Rutin harianku diteruskan dengan bermain beberapa siri permainan bola sepak PS2 yang terkemuka iaitu PES. Detik 1 petang membuntukan keadaan. Aku terasa letih dan sopan. Menuju ke bilik dengan selamba dan tidur adalah destinasiku. Haaa tidur lagi?

Jumaat 23/10/09 11.00pm : Sedang aku diulit mimpiindah, air liurku mengalir bak sebatang sungai yang deras, tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang agak familiar. Dua buah suara, satu suara seorang manusia lelaki dan satu lagi suara seorang manusia perempuan. Aku berbekalkan semangat dan penuh keyakinan mencuba untuk membuka mataku. Ohh rupanya wajah yang tidak asing lagi, Amir bersama rakan kolejnya Raihan baru saja tiba dari Kuantan. Mereka mengajak aku makan dan aku turuti sahaja. Setelah selesai makan malam, kami menghantar Raihan kerumah kakaknya, serta menghantar Que ke Subang, lantas pulang kerumah.

Sabtu 24/10/09 3.00am : Setelah selesai tugas yang agak subar sebentar tadi, aku pun tiba dirumah. Sekeping dua PES, dengan otak dipengaruhi beberapa helai weed, tepat jam 5.ooam aku pun tidur.

Sabtu 24/10/09 10.00am : Aku terjaga dari lena. Mencapai papan kekunci laptop, dengan senyum sampai telinga, aku mengarang cerita ini.

Sekian saja realiti hidupku selama tiga hari. Daripada hasil kajian beberapa professor dari University of Grandlesmania, Selatan Thai, United Kingdom, 83.74% daripada putaran kehidupanku buat tiga hari sebelum ini adalah
tidur dan hampa.

Assignment yang telah siap pada Jumaat 23/10/09

Tidur adalah aktiviti major untuk tiga hari ini

1 comment:

  1. kuwat td0!!! eee..mesty daa wat manyak peta kat blik kaw tew..

    ReplyDelete