13 September 2010

Ada raya ada gaya

Seluruh dunia telah tahu. Di muka muka akhbar telah terpampang jelas. Para DJ radio telah mengudarakan berita tentangnya. Hanya seekor katak yang duduk termenung dibawah tempurung kelapa saja yang belum dapat tahu tentangnya. Apa yang meriahnya? "Apa yang digembar gemburkan itu?", bisik katak itu di dalam hati bernada syahdu. Setelah lama tidak keluar dari tempurung mereka, katak itu cuba merungkai misteri yang bermain di benak fikiran beliau. Dengan hati terbuka dan semangat yang kental serta keazaman yang tinggi ditambah gula secukup rasa, dihias pula beberapa hiris bawang yaa tuan tuan dan puan puan anda dalam rancangan, Gaul Gaul Ramadhan bersama Kak Sheila Rusly. "Eh teringat pula rancangan kegemaranku itu", bisik katak itu lagi dalam nada sayu. Lalu, tanpa memikirkan masa depan, katak tersebut menempuh dunia luar tempurung yang penuh liku liku kehidupan.

Ish mengarut.

Terus kepada intisari sebenar post ini.

SELAMAT HARI RAYA.

Haa kan senang, takpayah nak susah susah taip panjang panjang buat cerita. Baik taip ON JOKE dan hantar ke 32555 lagi bagus.

Beta mengambil kesempatan ini, untuk menyusun buku buku di rak buku, kasut kasut di luar dan sepuluh jari ini memohon maaf diatas salah dan silap yang telah saya lalukan, tidak kira samada tidak sengaja, atau majoritinya sengaja, dalam sedar atau tidak sedar, baik yang muda mahupun yang tua. Saya sedar banyak salah yang telah saya lakukan, kalau ditimbang pun hantar dobi mau kena ratus ratus ni. Sesungguhnya saya hanya insan biasa yang lemah dan kacak, bukan robot yang hodoh. Pesanan buat pembaca di luar sana, ingat berhati hatilah di jalan raya, ingat orang yang tersayang, ingat jangan main mercun, dan ingat, jangan lupa lirik! Yeah!




Haaa bergaya tak raya? Bole menang Malaysian Next Top Raya Model ni.

26 August 2010

Resan gelisah timbul misteri

Aku rasa sayup, degupan jantung mulai tenang, dingin sahaja angin mendayu-dayu. Aku dapat rasakan sesuatu. Semuanya nampak indah dan bermakna. Aku tersentap untuk melakukan perkara baik. Apakah perasaan ini, cuba ku ungkai namun apakah kudratku untuk menelaah ilmu alam yang tersungguh luas prospeknya.

Aku meronta-ronta penuh pertanyaan, sesekali cuba ku berteriak namun tak terdaya. Ingin sekali aku membuat search di google, namun aku tetap ego untuk cuba merungkai misteri ini dengan sendiri. Tiga talian hayat telah diberikan, tak sejenak pun ku menoleh ke arah mereka. "Aahh, begitu sombong kau ya", ujar aku di dalam hati. Namun bukan ego atau tunjuk hebat, namun gigih dan semangat yang tinggi yang ingin aku praktikkan.

Namun, aku semakin lemah untuk mencari jalan keluar, kakiku bagai ditusuk Sembilu 2007, aku terus melangkah sehingga habis nafasku, akan ku cuba dan terus mencuba. Dalam fikiranku cuma satu, aku ingin keluar dan terus berlari dalam guni, eh silap, berlati pantas sebenarnya.

Benak fikiran ku akhirnya terungkai, aku mendapati cahaya itu adalah keberkatan, sinar untuk aku melakukan anjakan paradigma, bukan anjakan papan anjal ya tuan tuan dan puan puan sekalian. Persoalanku terjawab. Rupanya sudah tiba bulan yang mulia Bulan Ramadhan. Lantas terlintas di fikiran ku lagu dendangan Man Bai featuring Raihan feautering Black Eyed Peas mixed by David Guetta berbunyi, "ku mengharapkan Ramadhan, kali ini, penuh makna, agar dapat ku lalui, dengan sempurna...."

Jadi walaupun sudah terlewat sebenarnya, aku tanpa segan sinis ingin mengucapkan;

SELAMAT BERPUASA

Gunakan masa yang sebaiknya untuk melakukan amalan baik dan mulia. Ini nasihat bukan nak mengajar ku hanya menyampai, aku tidak sempurna, namun cuba ku sampaikan tanggungjawab ku sebagai seorang Muslim :)

04 August 2010

I am going to miss you :'(

Malam ini, hujan lebat fuhh berduyun duyun turunnya. Bersatu dengan mood aku yang agak sedih, hujan seperti menangisi pemergianku. Yaaa, kita akan berpisah, mungkin untuk selama-lamanya, mengikut haluan masing masing. Banyak memori yang telah kita kongsi bersama, sedih duka tawa gembira, semuanya ada. Biarlah memori itu yang kekal, namun saat bersama tetap tidak akan abadi, takdir telah menentukan, kita akan melakukan. Malam ini malam terakhir, aku cuba mengimbau kembali kenangan bersama, cukup indah semua nostalgia kita, yang sedih aku himbau, yang gembira aku senyumkan, yang sinis aku tawakan. Hukum alam, setiap apa yang ada pasti jua pergi, hanya nama dan memori yang akan ditinggalkan. Cukuplah, aku tak mampu lagi menahan pedih ini, ingin ku titiskan air mata ini, namun malu ada yang akan melihatnya, kurang macho katanya. Biarlah awan sahaja yang menangis, yang aku mampu hanya merenung dan menaip kata kata ikhlas dari hati ini. Jangan risau, walau jauh mana pun jarak kita, kau tetap dalam ingatan, kerana pernah kau hinggap di hati ini, selamanya jejak kau tetap disitu. Namun jangan kau tangisi pemergian ini, tetapi anggaplah ini satu permulaan yang baru dalam hidup kita. Biarlah yang sudah itu sudah, jangan lah sesekali kau melupakan aku yang kacak ini.








SELAMAT TINGGAL PANDAN HEIGHT 2 CONDOMINIUM



Pandangan dari tempat letak kereta luar untuk pelawat dimana kereta sering kali dicalarkan. Buat peletak kereta yang meletak kereta dengan posisi menghalang kereta lain, biasanya mereka tidak menarik brek tangan kereta mereka, jadi menjadi keseronokan untuk kami bermain tolak tolak kereta, anda patut datang untuk mencuba :)

Kolam renang dan indah serta kafeteria. Sesiapa yang ingin merasa teh o ais special dicampur kari ikan, boleh lah datang ke kafeteria ini, harganya cuma RM1.20. Wow, menu special namun harganya sungguh berbaloi-baloi. Pujian untuk kolam renang ini kerana sentiasa bersih dan kemas, serta seringkali menjadi port untuk para pelaku hubungan lelaki dengan lelaki (gay) untuk memuaskan nafsu, ish ish ish :( Juga disinilah kami dimarahi oleh pak jaga kerana mandi serta menghasilkan bunyi riuh rendah seawal 3 pagi.


Pandangan dari tingkat 20, memang cukup indah. Dari atas anda akan dapat melihat gajah, harimau, beruang kutub dan biawak komodo. Tidak perlu berhempas pulas menuju ke ke zoo negara, dari sini anda akan dapat melihat kesemuanya!


Parking bay. Disilah tempat kami bermain roller blades pada pukul 2 pagi, di sini jugak tempat di mana driver driver kental mencuba pelbagai aksi ekstrem menggunakan kereta mereka seperti drif, drag, wheelie dan ollie 360.

Namun semua tinggal kenangan, kami akan berpindah ke Arena Shamelin, di blok mana dan rumah keberapa, saya tidak akan beritahu, nanti korang asyik datang main loceng. Hey tolong lah bagi artis kehidupan privasi sikit okay!

06 June 2010

Misi tidak berjaya

2 hari aku tak tidur, sebuah sebab masalah yang Si Tompok (sila baca post sebelum ini) undangkan. Mata punya beg sekolah (eyebag) memang hitam nampak terserlah, seperti aku sedang bermain dengan eyeliner Maybelline. Ahhh, jadi penyelesaiannya, aku segera bergerak ke Kuala Lumpur dengan hasrat ingin memperhantarkan Si Tompok ke Low Yat untuk mengubatinya. Niat itu macam biasa berkobar kobar, sesampai di destinasi, segalanya berubah. Bergerak menuju ke Setiawangsa, di situlah aku mengsia-siakan masa. Lepak dengan kemas, terus lupa tentang Si Tompok. Hari itu hari raya, ehh silap hari itu hari Rabu. Tiba tiba seorang rakan mengajak aku menonton rancangan realiti tv Showdown live di KL Live. Aku pun appalagi bertungkus lumus segera bersiap untuk kesana. Bersama Apek dan Zul, kami memecut laju. Zul memang handal membawa kereta, pelbagai skill yang dilakukannya seperti one-handed flip, drift dan one-two semasa memandu membuatkan perjalanan kami menjadi sangat pantas dan kacak. Rancangan akan bersiar langsung pada jam 9.30 dan kami tiba 15 minit awal, seperti yang dikehendaki. Menggunakan pintu rahsia untuk masuk ke dalam venue, kami berjaya menyeludup masuk. Persembahan para peserta sungguh hebat, dengan tema minggu ini adalah 70's, yaaa baabyyy. Dengan judges yang mantap bergaya pada malam itu iaitu Maple Loo, Altimet dan Joe Flizzow, aku sungguh terhibur. Crew yang aku paling minati adalah Giller Battle Crew yang sungguh mantap!

Sesudah selesai tugas di Showdown, kami bertiga menuju ke NZ Garden, minum seketika, lalu terus menuju ke Pavilion untuk midnight movie. Dengan berbekalkan ticket cerita Shrek the third, kami menonton cerita Prince of Persia seca percuma. Haha thanks to Afiq kerana menjadi penyeludup masuk. Yaa cerita itu sangat menarik, hero macam Aquilani, heroin yang tahan tuu, dah lah comel, bibir mengancam gitu. Sungguh menarik jalan ceritanya, korang patu tengok okay.

Tiba tiba aku letih malas menulis, so nanti aku sambung balik ar eh? Haha, macam sial je medi ni gantung cerita tapi takpe nasib baik dia comel peeewitt :)

02 June 2010

Pakai handphone botol air lagi bagus

Ishh aku terasa secara tiba tiba sungguh marah. Haishh kenapa ni medi pagi pagi dah marah? Tanya korang dalam hati ye kan? Hehh sebenarnya bukan pagi pagi ni, errr buat pembaca yang sedang baca bukan pada waktu pagi, sekarang ni time aku tengah tulis blog ni pukul 8.59am ya rakan rakun pukul 8.59am ya sekian terima kasih, tapi sebenarnya yang sebenar, dari malam semalam lagi aku marah, dan sebenarnya yang benar betul tak tipu punya, dari minggu lepas lagi aku bengang. Haaa faham tak? Kalau tak faham ketuk kepala korang lima kali, pastu pegi langgar tiang bendera Malaysia sekolah rendah korang, lepas datang sini balik baca balik apa aku tulis. Haha.

Okay ceritanya bermula begini:

Masalah yang timbul yang menjadi prejudis dek kerana oleh sebab natijahnya walhal persis adalah Si Tompok aku yang menjadi kurang siuman secara tiba-tibi, nak hantar ke pusat rawatan mental, doktor kata Si Tompok takde mental, nak hantar ke pusat rawatan Islam, doktor sana kata Si Tompok ni bukan Islam, nak hantar ke pusat serenti, polis kata Si Tompok tak pernah di failkan kesalahan. Aku taktau lah apa masalah kau Tom (nama manja aku kat Si Tompok), pening aku pening. Makan aku dah suapkan, berak aku dah tadahkan, kau menangis aku dah belaikan, tapi kau tetap begitu, muka kau gelap je semacam, hidung kau tiba-tibi semacam je aku tengok, haa mulut lagi la aku tak faham apa dah jadi. Kemungkinan kau dah kena buatan orang kot, siapa la dengki sangat dengan kau. Ini tak lain tak bukan Si Belang laa ni, sebab aku ingat lagi Bel (nama timangan untuk Si Belang) ni dulu kawan kau, tapi dia mesti rasa sedih sebab kau tinggalkan dia sorang sorang sekarang kat tempat korang merempat dulu, dah lah tu kau pulak pergi rampas awek dia, Si Bintang. Ni semua mesti kerja dia, hish tak pasal pasal aku yang jadi mangsa.

Letih aku tau letih, tolong lah siapa yang ada penyelesaiannya tolonglah! Kalau ade bomoh atau pawang yang boleh rawat Si Tompok ni tolonglah (pintaku kesedihan)

Okay disini aku kepilkan gambar keadaan Si Tompok yang kurang waras.




Okay ni bahagian serius meminta pertolongan.
Sape sape yang tau pasal handphone bodoh sombong ni tolong aku bole? Tak boleh takpe, kena tolong jugak. Semuanya terjadi apabila aku yang buat pandai ni update iphone aku supaya nampak lebih hebat, aku update ke latest firmware iaitu 3.1.3. Proses update berjalan lancar hingga tiba-tibi, satu error muncul dan menyeramkan, berkata, aku lupa tapi lebih kurang macam ni - your sim card is not supported. Aduhai lomah jantung den tibo tibo, bopoluh poluh den mombaco amaran soram tu haa. Dio kato, eh dia kata sim card aku tak boleh digunakan, waktu tu baru aku ingat, phone aku dah unlock dan jailbreak, tak tau pulak kalau update dia boleh detect, hish lembu betul Abdul Malik ni. Jadi sekarang handphone aku tak bole guna rasa nak campak kat anjing pun ada. So siapa ada cadangan boleh tolong tak? Tolong angkat tangan, eh tak tak tolong betul betul la.

Aku ulang balik masalah dia - Aku tertidak sengaja update iphone aku yang dah jailbreak dan unlock ke 3.1.3, dan phone aku menjadi sebuah lipas kudung, haha tak lah, phone aku tak boleh activate, hanya boleh emergency call aje. Siapa boleh tolong aku, aku belanja dia nasi lemak biasa, tanak telur mata nasi separuh okay? Lumayan tuuu!

25 May 2010

Khazanah Negara

Kata-kata

Bicara kata, mudah berdusta
Bicara mulut, lidah kan terluka
Bicara hati, belahlah dada

kita cuba, kita alpa
berteriak berlari, mencari-cari
kini
hambar seperti pantai,
pasir tanpa noktah,
biru laut terbentang,
pohon menuruti angin

semua ku turuti
semua kau ingini
semua ku beri
semua kau cari

salah aku, atau engkau
salah kami, atau mereka

dunia,
kau melihat,
namun aku menanggung
kau mendengar,
namun aku menderita
kau memberi,
mengapa mesti aku yang menerima


Ini puisi ke syair ke hape entah yang aku karang malam semalam, biasalah time sejuk sejuk macam ni idea memang banyak macam parasit, appalagi shakespeare lah aku. Perkataan biasa je, senang faham takde puitis puitis tapi bole lah setakat nak duduk setable dengan A. Samad Said.

09 May 2010

14 Posts, last published on Jan 3, 2010

Haaa korang rasa post ni pasal apa eh? Mesti korang tertanya tanya dan terngiang-ngiang membawak ke dalam mimpi memfikirkan post aku yang baru ini. Aku bukan nak cerita pasal artis baru nak up, bukan jugak pasal apa aku buat semalam. Nampak tak tajuk disitu, terang lagi bersuluh oleh high beam, 14 Posts, last published on Jan 3, 2010. Kalau korg yang baca duduk Malaysia, hari ni bertarikh May 9, taktau lah pulak kan korang yang duduk dekat Marikh sekarang berapa hari bulan kan. Kalau dikira menggunakan Teorem Pithagoras yang Cikgu Laila ajar masa aku dalam kelas 4 Lembab dulu, telah genap 4 bulan 6 hari aku tak update blog ni. Blog ni pun dah tak berapa cam muka aku, hari tu aku senyum kat dia, dia buat taktau je. Bukan nak mintak apa angkat tangan cukuplah. Haish merapik la puleks hek hek. Errr kalau ade anugerah Blog Paling Update dalam Anugerah Bintang Popular 2010, dah tentu aku terpaksa melupakan hasrat untuk dicalonkan, apatah lagi menaiki pentas dan merampas trofi tersebut dari tangan Afdlin Shauki yang menjadi hos malam itu.

Err okay mintak maaf kalau ade follower yang tersinggung akibat perbuatan aku yang sungguh kurang ajar, kita lupakan semua persengketaan dan mulakan dengan kosong kosong okay? Aku memang malas sikit nak update blog menaip panjang panjang nanti tangan aku cramp haaa kan susah macamana nak cebok nanti? Haha. Okay dalam masa terdekat ni aku akan cuba update yea pelanggan pelanggan sekalian?

Haaaa nampak tak interface dah baru, sekarang modal dah cukup untuk bukak sebuah kedai kopi. Korang selalu selalu lah datang kat kedai makan ni tau, korang jangan pergi Restoran al-Kudus sebelah tu, orang kata kuah dal dia letak kroihhh. Bukan aku kat orang yang kata lah. Selamat menjamu selera :)

03 January 2010

2010

Eh korang perasan tak? Pejam celik pejam celik dah masuk 2010 kan? Haha korang jangan tipu aku, takkan 2 kali pejam celik aje dah masuk 2010 ye dak? Semestinya banyak aktiviti dan upacara yang korang jalankan dan sertai. Akan tetapi semua tu sudah menjadi kenangan, nampaknya tahun baru sudah muncul tiba dan 2009, selamat maju jaya, eh eh selamat jalan lah. So macam biasa lah kalau dah masuk tahun baru, mesti nak ada azam baru, kalau takde azam baru kena jumpa Encik Azam Abdul Rahman. Okay sekarang aku akan cuba listkan senarai calon-calon Anugerah Azam Baru Medi yang mana pemenangnya akan menerima sebuah ucapan tahniah dan sebungkus tepukan.

Calon 1 - Mencari calon isteri untuk dinikahi pada Disember 2010

Calon 2 - Calon SPM

Calon 3 - Undilah calon Barisan Nasional

Okay untuk mengundi, taip ON CALON CALON UNTUK ANUGERAH AZAM BARU MEDI PADA TAHUN 2010 dan hantar ke POS LAJU atau POSMEN yang lalu depan rumah korang.

Haha rileks aku bergurau je, mesti ada yang dah fikir nak hentak je kepala medi ni, sabar jangan hentak dulu, hentak nanti okay? Biar aku berserius dahulu. Ini azam aku untuk tahun baru ini, read my lips okay.

1 - Membeli sebuah laptop baru. Dukacita dimaklumkan laptop aku telah selamat dicuri oleh orang yang tak dikenali. Kalau aku tau orang tu mesti aku tak tulis blog ni sekarang, sebab aku dalam penjara atas kesalahan menyula seorang orang. Banyak kenangan dan gambar-gambir dalam laptop tu, tapi nak buat macamane, benda dah nak jadi, silap aku jugak tak pasang cctv kat laptop aku, tak mangga laptop aku tu ngan solex, atau lebih selamat upah security guard tolong jaga laptop tu.

2 - Memiliki handphone baru. Buat pengetahuan umum, handphone aku sekarang sikit punya handsome dea punya problem. So sorrylah kalau ada sesiapa yang call aku tu tak dapat, or kadang2 msg masuk lambat. Mungkin sebab aku selalu buat handphone tu baling anjing.

3 - Memperkemaskan pointer. Target aku untuk sem ni tak banyak, dapat 4.00 cukup lah. Aicheh, gurau-gurau manja aje. Oleh kerana pointer aku sem lepas agak menyeramkan, tersasar sedikit dari bidikan mungkin sebab target yang tinggi sangat, target pun takut gayat jugak, so aku target 3.20 keatas supaya CGPA aku lebih bermaruah.

4 - Mengorak langkah keatas junior. Junior baru dah masuk, appalagi ayuh!

5 - Mebercuti ke suatu pulau. Patutnya ni azam aku untuk 2009, dan kalau mengikut jadual, ia patut dijalankan pada Disember 2009, nak buat acane kan, aku baru nak ambil lesen time tu, so segala jadual-jadual penerbangan didelaykan. Destinasi Disember 2008 lepas adalah Pulau Langkawi, so what's next? Adakah Pulau Pinang? Atau Pulau Pandan Jauh Ketengah? Sama-sama kita nantikan. Tapi aku plan nak pergi Bali. Macam mana rakan-rakun?

6 - Mempunyai sebuah kereta sendiri. Biasalah kalau dah dapat lesen, mesti nak ada kereta punya. Kalau tak baik korang amek lesen memandu kereta lembu ataupun lesen membela burung pipit Uganda. Seperti azam no 5, patutnya azam ini dalam azam 2009, tapi apa boleh buat, result kurang meyakinkan aku untuk meyakinkan bapak aku untuk membelikan aku sebuah kereta. So aku nak belajar betul-betul, tanak belajar tipu-tipu. Mana tahu kalau dapat 4.00 bapak aku beli kereta kebal terus untuk aku? Boleh jugak aku tembak korang.

7 - Melakukan usaha keras supaya azam-azam diatas tercapai.

Sebenarnya banyak lagi azam aku, tapi kalau nak list kat sini, sampai 2011 pun tak habis. So kalau ada azam baru yang aku rasa boleh kongsi, aku post okay? Kepada korang, semoga azam2 korang tercapai. 2009 was great, but let's make 2010 greater! Untuk Azam, see you in 2011.

Kembali

Haha dah lama aku tak update blog ni, bukan apa, jadual hidup aku agak padat, macam milo fuze tu. Lagipun masa untuk aku online kurang luas kerana aku malas betul nak online, cuma check facebook lepastu off, kalau online lama2 pun malas nak asah pensel tulis blog ni. Okaylah mulai hari ni aku akan cuba untuk update dengan lebih kemas blog ini, maklum lah semester baru dah bermula so aku akan lebih banyak masa untuk online lepas waktu kelas, itupun kalau aku sedar tentang kewujudan blog ni. Kalau ada reminder kat phone suruh update blog kan senang, takpun ada notification kat facebook macam ada orang write kat wall post tu. Haha. For the follower, terimasih sebab sudi ikut aku, kan aku dah cakap, bukan nak pergi mana-mana pun, nak lepak dekat-dekat je, yang korang nak ikut jugak buat ape?

Walaupun dah delay 3 hari, aku tanpa segan silu ingin mengucapkan

HAPPY NEW YEAR
BOOM BOOM BOOM CIKEBOOOM

2009 was great, so make this year greater

Bak kata Uncle Ben pakcik Spiderman, "With great power, comes great responsibilities"
So marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan tahun baru penuh dedikasi dan transformasi

p/s : Jangan main mecun, nanti terputus jari macamane nak syampu rambut?

14 December 2009

Jason Mraz Junior

Haha mulut pelat pun boleh nyanyi. Main gitar sambil korek hidung dan lap hingus, hebat!