18 October 2009

SELAMAT PAGI MALAYSIA BRUNEI, SELAMAT DATANG KE DUNIA SIBER

Di hari yang mulia ini, aku ingin menyusun jari jari, bukan jari tengah ye, meminta ampun maaf dari hujung ekor kutu rambut hingga ke hujung bulu kaki. Aichehh, macam hari raya pulak kan. Tapi tak mengapa, kerana hari ini, tanggal 18 Oktober 2009, bukan tanggal baju dan seluar, bukan juga tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh, masih lagi dalam lingkungan hari raya meranggap raya pertama deepavali. Pada tanggal ini jugalah aku dengan cemasnya memulakan karier berblog aku ini, yang aku pun tak tahu untuk apa dan mengapa dan siapa dan bagaimana, mungking hanya untuk mengukir secebis tulisan di kaca laptop ini serta untuk meluahkan apa yang melintas di flyover otak aku ini. Murid murid, mula perkenalkan diri dari kiri, nama saya muhammad hasnul hamdi tapi nampak bergaya dan selesa serta lebih dikenali dengan panggilan manja medi baby bucuk bucuk, haha yang baby bucuk bucuk tuuh takyah nak tambah tambah la kan. Sekain saja untuk post yang pertama ini, kuharap blog aku mendapat sambutan ramai seperti sambutan yang diberikan kepada murtabak pak wahid yang boleh didapati di bazar ramadhan pandan jaya, MEMANG MENANGKAP !


Untuk tatapan segenap masyarakat, berklasifikasi 18SX, mengandungi unsur ganas dan berbau, aku persembahkan sebuah gambar yang sepatutnya jijik, tetapi telah dibersihkan olehku menggunakan adobe photoshop microsofword media player supaya menjadi sehelai gambar yang menonjol (biasalah kan kalau post blog mesti ade gambar, aku taktau nak letak gambar ape, so aku maen hantam saja lah labuci !)



Jangan risau, baru je lepas flush, tak berbau tengit pun

No comments:

Post a Comment