25 May 2010

Khazanah Negara

Kata-kata

Bicara kata, mudah berdusta
Bicara mulut, lidah kan terluka
Bicara hati, belahlah dada

kita cuba, kita alpa
berteriak berlari, mencari-cari
kini
hambar seperti pantai,
pasir tanpa noktah,
biru laut terbentang,
pohon menuruti angin

semua ku turuti
semua kau ingini
semua ku beri
semua kau cari

salah aku, atau engkau
salah kami, atau mereka

dunia,
kau melihat,
namun aku menanggung
kau mendengar,
namun aku menderita
kau memberi,
mengapa mesti aku yang menerima


Ini puisi ke syair ke hape entah yang aku karang malam semalam, biasalah time sejuk sejuk macam ni idea memang banyak macam parasit, appalagi shakespeare lah aku. Perkataan biasa je, senang faham takde puitis puitis tapi bole lah setakat nak duduk setable dengan A. Samad Said.

1 comment:

  1. Waah. Tak sangka kau bulih karangkan ayat2 camni eah. uhu~ memang tak terfikir langsung otak kau bulih mencapai pemikiran sebegini. Lalala~

    ReplyDelete