26 August 2010

Resan gelisah timbul misteri

Aku rasa sayup, degupan jantung mulai tenang, dingin sahaja angin mendayu-dayu. Aku dapat rasakan sesuatu. Semuanya nampak indah dan bermakna. Aku tersentap untuk melakukan perkara baik. Apakah perasaan ini, cuba ku ungkai namun apakah kudratku untuk menelaah ilmu alam yang tersungguh luas prospeknya.

Aku meronta-ronta penuh pertanyaan, sesekali cuba ku berteriak namun tak terdaya. Ingin sekali aku membuat search di google, namun aku tetap ego untuk cuba merungkai misteri ini dengan sendiri. Tiga talian hayat telah diberikan, tak sejenak pun ku menoleh ke arah mereka. "Aahh, begitu sombong kau ya", ujar aku di dalam hati. Namun bukan ego atau tunjuk hebat, namun gigih dan semangat yang tinggi yang ingin aku praktikkan.

Namun, aku semakin lemah untuk mencari jalan keluar, kakiku bagai ditusuk Sembilu 2007, aku terus melangkah sehingga habis nafasku, akan ku cuba dan terus mencuba. Dalam fikiranku cuma satu, aku ingin keluar dan terus berlari dalam guni, eh silap, berlati pantas sebenarnya.

Benak fikiran ku akhirnya terungkai, aku mendapati cahaya itu adalah keberkatan, sinar untuk aku melakukan anjakan paradigma, bukan anjakan papan anjal ya tuan tuan dan puan puan sekalian. Persoalanku terjawab. Rupanya sudah tiba bulan yang mulia Bulan Ramadhan. Lantas terlintas di fikiran ku lagu dendangan Man Bai featuring Raihan feautering Black Eyed Peas mixed by David Guetta berbunyi, "ku mengharapkan Ramadhan, kali ini, penuh makna, agar dapat ku lalui, dengan sempurna...."

Jadi walaupun sudah terlewat sebenarnya, aku tanpa segan sinis ingin mengucapkan;

SELAMAT BERPUASA

Gunakan masa yang sebaiknya untuk melakukan amalan baik dan mulia. Ini nasihat bukan nak mengajar ku hanya menyampai, aku tidak sempurna, namun cuba ku sampaikan tanggungjawab ku sebagai seorang Muslim :)

No comments:

Post a Comment